SEBANYAK 6,526 permohonan telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung lesen menjual bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan, sebanyak 5,188 daripada jumlah permohonan itu telah diluluskan.
Bagaimanapun, Noorsiah berkata, sejumlah 1,338 permohonan lagi telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Pada masa sama, beliau memberitahu, seramai 120 individu telah ditahan antara 28 Mac hingga 9 April lalu.
“Seramai 120 individu itu ditahan di seluruh negara kerana melanggar syarat, tidak mempunyai lesen dan menjual bunga api yang tidak dibenarkan.
Baca artikel berkaitan: KPWKM nasihati ibu bapa awasi anak-anak main mercun, bunga api
“Penahanan itu melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3,389,180,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Noorsiah berkata, kesemua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
“Polis Diraja Malaysia sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara menyeluruh serta berterusan di seluruh negara termasuk terhadap penjualan bunga api dan mercun secara dalam talian melalui platform media sosial serta e-dagang.
“Orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dengan penjualan bunga api dan mercun secara haram kerana tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

