Bekas ahli Parlimen India, abang ditembak mati ketika siaran langsung TV

Dari Penulis

BEKAS ahli Parlimen India yang disabitkan dengan kesalahan menculik ditembak mati bersama abangnya ketika siaran langsung televisyen, malam tadi.

Dalam kejadian di Prayagraj, yang juga dikenali sebagai Allahabad di Uttar Pradesh, Atiq Ahmed yang diiring polis, sedang bercakap dengan beberapa wartawan sebelum tembakan dilepaskan penyerang ke arah kepalanya dari jarak dekat.

Lapor BBC, susulan serangan itu, tiga suspek lelaki yang menyamar sebagai wartawan kemudian menyerah diri dan ditahan.

Anak lelaki Atiq, Asad sebelum ini maut ditembak polis awal minggu ini dalam insiden tembak-menembak.

Bekas ahli Parlimen itu sebelum ini mendakwa terdapat ancaman terhadap nyawanya sendiri daripada pihak polis.

Rakaman video tular kejadian itu menunjukkan Atiq dan abangnya Ashraf dalam keadaan tangan mereka bergari menjawab soalan media semasa dalam perjalanan untuk pemeriksaan kesihatan di hospital berhampiran beberapa saat sebelum mereka berdua ditembak.

Dalam rakaman itu, Atiq ditanya sama ada dia menghadiri pengebumian anaknya, dan kata-kata terakhirnya: “Mereka tidak bawa kami, jadi kami tidak pergi.”

Menurut polis, ketiga-tiga suspek datang ke lokasi kejadian menaiki motosikal.

Seorang wartawan dan anggota polis turut cedera dalam kejadian itu.

Susulan kejadian itu, Ketua Menteri Yogi Adityanath mengarahkan siasatan terhadap pembunuhan itu dan melarang perhimpunan beramai-ramai di daerah Uttar Pradesh.

Atiq, yang merupakan bekas ahli parlimen, dan abangnya berada dalam tahanan polis dan dibawa ke Prayagraj di Uttar Pradesh, di mana Atiq menghadapi tuduhan pembunuhan dan serangan.

Dia dipenjarakan pada 2019 selepas disabitkan kesalahan menculik.

Lebih 180 orang yang menghadapi pelbagai pertuduhan telah dibunuh oleh polis di Uttar Pradesh dalam tempoh enam tahun lalu.

Aktivis hak asasi manusia menuduh polis melakukan pembunuhan secara semberono, tuduhan yang dinafikan kerajaan negeri itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri X70 kemalangan di LPT2 meninggal dunia

SEORANG wanita yang dilaporkan putus kaki kiri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh...

More Articles Like This