Mempunyai mata yang cantik dan menawan merupakan impian bagi setiap wanita. Ditambah lagi dengan bulu mata yang panjang dan lebat. Namun tidak semua orang beruntung mempunyai bulu mata seperti itu. Jangan bersedih, masih ada cara untuk mendapatkannya secara alami.
Ikuti perkongsian Iza Abu Bakar tentang tip panjangkan bulu mata yang super jimat.
Bahan :
• Minyak babi Johnson/minyak zaitun
• Berus maskara (pakai jari pun boleh)
Cara :
1. Titiskan minyak babi atau minyak zaitun pada bulu mata anda.
2. Ambil berus maskara kemudian sikat bulu mata anda atau gunakan jari sahaja.
3. Konsisten sapu pada setiap malam semasa hendak tidur.
Walaupun hasilnya tidak secepat menggunakan teknologi terkini, namum ia tetap memberikan hasil yang baik, tidak merosakkan bulu mata dalam jangka masa panjang dan menjimatkan wang anda. Selamat mencuba.
Kredit: Iza Abu Bakar

