Kerajaan tambah satu hari kelepasan am Aidilfitri – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk Hari Raya Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khas sempena perayaan Aidilfitri 2023, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, satu hari kelepasan am tambahan itu merupakan satu daripada beberapa ikhtiar khas bagi meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada rakyat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Perdana Menteri berkata, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Jumaat, 21 April, maka kerajaan menetapkan Isnin 24 April sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Ia berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Baca artikel berkaitan: Tol Rahmah percuma empat hari sempena Aidilfitri

“Walau bagaimanapun, andai kata tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu 22 April yang kini merupakan kemungkinan besar, maka kerajaan menetapkan Jumaat 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri bolehlah mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) sempena Aidilfitri ini.

Katanya, inisiatif itu di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti).

“Ikhtiar ini memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi penjara melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang Ramadan dan Syawal,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This