Simptom bayi tak cukup susu. Kenali punca dan cara tangani

Dari Penulis

Tahukah anda dengan menyusu, para ibu boleh mengurangkan risiko terkena serangan kanser payudara. Dikatakan bahawa kaedah ini adalah paling berkesan untuk merancang kelahiran dan selain dapat menguatkan ikatan emosi antara ibu dan anak.

Kandungan susu ibu juga selalu berkembang dari hari ke hari, sesuai dengan keperluan nutrien anak yang disusui. Susu ibu adalah bersih dan ia dapat melancarkan pencernaan juga bertindak sebagai daya tahan kepada bayi anda.

Walau bagaimanapun, ada di kalangan ibu yang mengalami masalah tidak cukup susu. Salah satu sebab yang kerap diberi kerana berhenti menyusu ialah tidak cukup susu. Si ibu membuat tanggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup.

Sama ada tanggapan ini betul atau tidak, bekalan susu yang kurang sebenarnya boleh dirawat.

Tanggapan :

● Ibu memberitahu bahawa bayinya kerap menangis, masih tidak puas selepas menyusu, menyusu terlalu singkat/lama, enggan menghisap payudara yang ‘kosong’, mengantuk dan tidak berminat untuk menyusu, juga peningkatan berat badan yang lemah.

● Ibu juga memberitahu payudaranya tidak berasa tegang, tidak mampu memerah banyak atau tidak ada susu.

Tanda Bayi Tidak Mendapat Cukup Susu :

● Peningkatan berat badan kurang daripada 500g sebulan dan tidak mengikut graf tumbesaran.

● Berat badan bayi kurang daripada waktu lahirnya (kecuali yang lahir dengan berat badan yang tinggi).

● Air kencing bayi sedikit, warna kuning, berbau dan kurang daripada enam kali sehari.

● Najis sedikit, keras, kering dan berwarna hijau.

● Kulit bayi berkedut dan wajah ‘bimbang’.

● Bayi keletihan, mengantuk dan menangis dengan lemah.

Faktor Penyusuan :

● Lekapan yang lemah menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu yang kurang.

● Masa penyusuan terlalu singkat, tidak mempunyai susu akhir.

● Jarang menyusu, kurang daripada lapan kali dalam tempoh 24 jam.

● Tidak menyusu di waktu malam.

● Penggunaan botol atau puting tiruan.

● Pengambilan alkohol atau kafein oleh ibu.

Faktor Bayi :

● Sakit.

● Tidak cukup bulan, bayi lemah untuk menghisap secara efektif.

● Pertumbuhan mendadak pada umur enam minggu dan tiga hingga enam bulan di mana selera bayi bertambah.

● Tidak normal seperti bibir sumbing atau ‘tongue-tie’.

●Otot lemah.

Faktor Psikologi :

✔ Kurang keyakinan diri. Ibu muda, tidak berpengalaman, pernah mengalami kegagalan untuk menyusu, bimbang bentuk payudara berubah dan tekanan keluarga atau rakan sebaya.

✔ Tidak suka menyusu bayi, bayi enggan menyusu, tidak mendakap bayi dengan rapat, sejarah hidup seperti pernah mengalami penganiayaan seksual.

✔ Letih yang teramat sangat.

✔ Sedih.

Faktor Yang Jarang Berlaku :

✔ Ubat perancang.

✔ Hamil.

✔ Pernah menjalani pembedahan payudara.

✔ Uri masih melekat.

✔ Fungsi tiroid yang tidak normal.

Cara Tangani :

Ibu perlu yakin tentang kebolehan bayinya menyusu.

Ibu perlu memastikan pelekapan dan penghisapan bayi semasa menyusu adalah betul.

Bayi perlu menyusu kerap tanpa had termasuk waktu malam.

Bayi perlu menyusu dari satu payudara sehingga kenyang sebelum diberhentikan atau dialihkan ke payu dara sebelah.

Bayi perlu menyusu kedua-dua belah payudara secara bergilir dalam sehari.

Pastikan payudara dikosongkan apabila penuh dengan cara bayi menghisap atau memerah.

Elakkan daripada memberi susu formula atau cecair lain kepada bayi.

Ibu perlu sentiasa bertenang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Integrasi NeuroStream™ Pemangkin Bandar Pintar, Neurovia AI Lantik Rashed Aleghfeli Peneraju Operasi Timur Tengah

SYARIKAT gergasi penyedia teknologi automasi maklumat global, Robo.ai Inc. (NASDAQ: AIIO), secara rasminya mengumumkan pelantikan tokoh korporat terkemuka Emiriah...

More Articles Like This