Didik anak jaga adab ketika beraya ke rumah orang. Elak perkara tidak diingini berlaku

Dari Penulis

Ziarah menziarahi saudara mara, jiran tetangga sudah menjadi budaya orang Malaysia ketika menyambut hari raya. Begitu juga dengan pemberian duit raya kepada anak-anak yang datang berziarah.

Walaupun sudah menjadi tradisi, ada adab yang perlu kita jaga ketika bertandang ke rumah orang bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini terutamanya jika kita mempunyai anak-anak yang lasak dan hiperaktif.

Oleh itu, sebelum menjelang hari raya, ibu bapa mestilah mendidik dan mengingatkan anak-anak supaya menjaga adab ketika berada di rumah orang.

Antara adab yang perlu dijaga adalah:

1. Jangan meminta-minta duit raya.

2. Ambil duit raya guna tangan kanan, salam dan cakap terima kasih.

4. Doakan orang yang memberi duit raya supaya dimurah rezeki dan diberi kebahagiaan hidup.

5. Jangan buka sampul raya di hadapan orang yang memberi.

6. Jangan komplain sekiranya dapat duit raya sedikit, belajar erti bersyukur.

7. Jangan sesekali habiskan biskut raya sehingga habis sebalang, ingat dekat orang belakang.

8. Jangan sesekali pergi beraya dalam waktu yang sangat lama, tuan rumah pun mahu berehat juga.

9. Jangan pergi beraya rumah orang pada waktu yang tidak sesuai. Contoh, selepas waktu zohor dan selepas waktu maghrib.

10. Bawalah sedikit buah tangan sebagai erti berbudi bahasa.

11. Jangan masuk rumah orang dengan mata yang meliar tengok barang-barang dalam rumah orang.

12. Cakap yang baik-baik dan cakap sesuatu yang menggembirakan tuan rumah.

13. Jangan usik dan pegang-pegang barang di dalam rumah orang tanpa izin.

14. Makan apa sahaja yang tuan rumah hidangkan, jangan meminta-minta.

15. Jangan berlari-lari, memanjat kerusi, melompat-lompat, jangan menjerit-jerit dan jangan masuk ke bilik atau masuk ke mana-mana ruang dalam rumah orang tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This