Polis kesan individu bakar mercun dari balkoni pangsapuri

Dari Penulis

Polis sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, di Ipoh seperti yang tular dalam rakaman video menerusi laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan perbuatan itu menerusi akaun Twitter menggunakan nama ‘Megatz’ semalam.

“Satu laporan polis telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam serta Seksyen 4 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500 019 untuk membantu siasatan.

Katanya orang ramai dinasihatkan sentiasa bersikap bertimbang rasa, bertanggungjawab dan berwaspada semasa bermain mercun sempena musim perayaan demi menjamin keselamatan diri mahupun nyawa serta harta benda orang ramai.

Menerusi video berdurasi 25 saat yang tular itu, kelihatan seorang lelaki membakar mercun di balkoni sebuah unit pangsapuri beberapa kali.

  — BERNAMA

Wednesday, 19 April 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This