Dua pelajar baling mercun dari kondo ditegur polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah membuat pemeriksaan ke atas satu unit kediaman kondominium selepas mendapat aduan penduduk mengenai bunyi bising mercun.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang lelaki memaklumkan beberapa individu bermain mercun dari dalam kondominium di The Arc, Cyberjaya.

Beliau berkata, pengadu meminta jasa baik anggota polis bagi memberikan nasihat kerana berlaku gangguan bunyi di kawasan tersebut.

“Anggota polis bertindak masuk ke dalam kawasan kondominium dan bertanya kepada pengawal keselamatan bertugas untuk menunjukkan rumah yang disyaki selalu membuat bising,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Wan Kamarul Azran, pihaknya telah pergi ke sebuah unit rumah dan mengetuk pintu sebanyak tiga kali sebelum dibuka oleh seorang lelaki Melayu.

“Dua lelaki berusia 20 dan 21 tahun yang merupakan pelajar mengaku telah bermain mercun jenis bola dan membaling ke bawah.

“Anggota polis telah memberi nasihat kepada pelajar terbabit supaya tidak membuat bising di kawasan tersebut,” ujarnya.

Katanya, pelajar tersebut mengakui kesalahannya dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Wan Kamarul Azran berkata, orang awam dinasihatkan tidak bermain mercun atau bunga api sehingga menganggu ketenteraman awam dan menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PERKESO lanjut tempoh Op Kesan, beri ruang majikan tampil carum pekerja

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) mengumumkan pelanjutan tempoh pelaksanaan Op Kesan sehingga 30 Jun ini bagi memberi ruang tambahan kepada...

More Articles Like This