SELEPAS 35 tahun ‘mengabdikan’ diri dalam perkhidmatan awam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bakal bersara wajib secara rasmi pada Jumaat ini.
Dalam ciapan di Twitter, Dr Noor Hisham menzahirkan perasaannya menerusi dua rangkap pantun.
“Kapal layar kemudi cermat, bijak nakhoda melawan gelora; 35 tahun setia berkhidmat, tiba detiknya waktu bersara.
“Langit dan mega luas terbentang, kadangnya cerah yang gelap menanti teruskan berjasa pimpinan mendatang, yang patah tumbuh yang hilang berganti,” ciapnya.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut merakamkan penghargaan dan penghormatan kepada Dr Noor Hisham atas khidmat bakti yang telah dicurahkannya.
Baca artikel berkaitan: 96.5 peratus sampel air kumbahan dari pesawat dikesan ada virus SARS-COV-2 – Noor Hisham
Menurut Dr Zaliha, banyak penglibatan dan pencapaian Dr Noor Hisham sama ada dalam mahu pun di peringkat global.
Ahli Parlimen Sekijang itu juga menyifatkan tempoh 35 tahun perkhidmatannya sebagai begitu bermakna dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina perkhidmatan kesihatan rakyat Malaysia setanding negara luar.
“Saya percaya khidmat beliau tidak terhenti di sini bahkan khidmat tersebut masih diperlukan untuk pembangunan perubatan dan kesihatan negara.
“Saya mewakili pihak Kementerian Kesihatan ingin mengucapkan selamat bersara dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas jasa, khidmat bakti dan sumbangan yang telah beliau sumbangkan sepanjang perkhidmatan beliau di kementerian ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Dr Noor Hisham menjawat sebagai Ketua Pengarah sejak 2013 dan sepanjang tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlangnya, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik COVID-19.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

