SIASATAN dalaman akan dilakukan terhadap anggota polis peronda yang mengeluarkan saman terhadap individu gagal mempamerkan cukai jalan dalam kejadian di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Petaling Jaya, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan satu hantaran yang dimuat naik seorang individu di Facebook berhubung gambar memaparkan saman polis yang dikeluarkan terhadapnya.
“Semakan dilakukan mendapati saman itu dikeluarkan oleh anggota polis peronda pada 16 April lalu atas kesalahan gagal mempamer cukai jalan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada petugas di lapangan untuk tidak mengeluarkan saman berkaitan kesalahan tidak mempamer lesen kenderaan motor.
“Ia selepas arahan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan melalui menterinya, Anthony Loke pada 10 Februari lalu.
“Siasatan dalaman akan dibuat ke atas anggota terbabit di atas kecuaian dilakukan dan kami juga sudah membatalkan saman berkenaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

