Penat merewang di dapur? Jom buat rawatan spa di rumah. Kembalikan semangat dan kecantikan diri

Dari Penulis

Berkumpul ramai-ramai di malam raya bersama saudara mara memang menyeronokkan. Tambah-tambah lagi kalau ada aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Merewang menyediakan juadah raya itu semestinya wajib bagi setiap keluarga.

Pasti penat dan letih bukan. Dalam keadaan penat, tentu ada yang teringin hendak buat rawatan spa bagi mengembalikan semula semangat dan kecantikan diri selepas berhempas pulas di dapur.

Jangan risau, kita boleh buat rawatan sendiri dekat rumah. Sebenarnya banyak bahan-bahan di dapur yang boleh kita manfaatkan.

1. Menghaluskan kulit

Ambil yogurt kosong dalam dua hingga tiga sudu, oleskan pada seluruh kulit muka. Diamkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bersihkan wajah dengan air suam. Hasilnya kulit akan nampak cerah dan segar.

Yogurt juga bagus untuk lembutkan tangan. Cara yang sama cuma hanya perlu campur satu sudu air lemon sahaja. Kemudian sapukan secara merata pada tangan anda, biarkan seketika lalu cuci dengan air bersih.

2. Menghilangkan kedutan di wajah

Lumatkan dua potong kecil betik yang sudah matang. Kemudian campur dengan satu sudu madu. Gaul hingga rata. Sapukan ramuan tersebut pada wajah dengan bantuan berus masker bersih. Kemudian biarkan selama 10 minit. Bersihkan wajah dengan air suam dan keringkan.

3. Atasi kulit kering

Sediakan sebiji telur, asingkan telur putih dan kuning. Kacau rata kuning telur, kemudian campurkan dengan beberapa titis air lemon serta minyak zaitun. Sapukan campuran tersebut pada wajah yang sudah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air.

Rawatan ini bukan sahaja menghilangkan penat dan mencantikkan wajah malah dapat menjimatkan kos.

Kredit: Suzy Honey


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This