Setiap kali berjalan jauh pasti kita mudah jatuh sakit terutamanya anak-anak. Tambah-tambah lagi di musim perayaan, berjumpa orang ramai, makan makanan yang bermacam jenis, penat tidak cukup rehat dan sebagainya.
Perkara sebegini memang tidak dapat dielakkan, mahu tidak mahu kita tetap kena tempuhi. Oleh itu, kita mestilah bersedia dan membuat persiapan terlebih dahulu sebelum perkata tak diingini itu terjadi.
Ikuti perkongsian Dr Erna Nadia mengenai tip ubatan yang boleh anda sediakan untuk dewasa dan anak anak sewaktu pulang beraya atau bercuti nanti.
“1. Ubat demam (paracetamol atau ibuprofen)
Ini paling penting sebab kalau badan tak sedap boleh terus makan. Untuk sakit sakit badan pun boleh.
2. Ubat selsema atau anti histamine.
Lagi lagi yang ada resdung atau asthma.
3. Ubat batuk.
4. Ubat untuk hilangkan sakit perut.
Kalau ada masalah gastrik, bawa ubat gastrik anda.
Masa raya, masalah paling biasa adalah terlebih makan atau makanan tidak hadam dengan betul.
5. Ubat untuk hilangkan cirit birit.
ORS atau pil chi kit tek aun atau charcoal pun ok.
6. Ubat untuk hilangkan loya dan muntah.
7. Krim panas untuk kurangkan lenguh lenguh kaki, tangan, badan dan cramps.
Biasa jadi masa duduk dalam kereta lama.
Make sure untuk berhenti setiap 2-3 jam sebab tak elok duduk lama lama, boleh buatkan pengaliran darah tak bagus.
8. Krim untuk nappy rash atau ruam pampers jika ada anak kecil.
9. Krim atau losyen untuk hilangkan gatal atau ruam panas atau ruam gatal.
10. Ubat ubatan yang memang anda perlu makan setiap hari jika ada. Sebolehnya jangan skip ya.”
Kredit: Dr Erna Nadia

