PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh umat Islam dan rakyat negara ini bersama-sama meningkatkan sikap kasih sayang sempena Aidilfitri tahun ini.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri juga berharap seluruh rakyat memupuk semangat kepelbagaian yang selama ini mengikat tali silaturrahim.
“Aidilfitri mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
“Saya amat berharap sambutan Eid tahun ini bersama kita tingkatkan sikap kasih dan sayang.
“Pupuk terus semangat kebhinekaan yang selama ini mengikat persaudaraan antara satu dengan yang lain sesama rakyat,” katanya dalam hantaran tersebut.
Perdana Menteri turut berkongsi video beliau mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Masjid Negara untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, pagi tadi.

Baca artikel berkaitan: Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Aidilfitri
Pada masa sama, rakaman video berdurasi dua minit 47 saat itu juga memaparkan Perdana Menteri menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Dewan Santapan Utama, Istana Negara, pagi tadi.
Majlis itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan Jemaah Menteri.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Turut mencuri tumpuan adalah momen Al-Sultan Abdullah secara spontan berkenan menuangkan madu ke atas pinggan Perdana Menteri.
Klip rakaman itu turut memaparkan Raja Permaisuri Agong sempat berkongsi juadah hasil air tangan baginda dalam majlis berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

