Rumah Terbuka Aidilfitri platform rakyat kenal pemimpin – Ab Rauf

Dari Penulis

PENGANJURAN Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Melaka pada 29 April ini mampu menjadi platform untuk masyarakat mengenali barisan kepimpinan kerajaan negeri yang dilantik pada 5 April lepas. 

Ketua Menteri, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata majlis yang dijadual diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula 10 pagi hingga 5 petang juga secara tidak langsung merapatkan jurang sekali gus melepasi prasangka politik memandangkan Melaka kini merupakan Kerajaan Perpaduan.

“Ini masanya rakyat meraikan kemeriahan Syawal dan pada masa yang sama melihat pemimpin mereka dari dekat serta berkenalan.

“Bolehlah waktu itu silaturahim dijalinkan di Rumah Terbuka Aidilfitri nanti supaya suasana hari raya ini dapat dirasai bersama rakyat dan pemimpin,” katanya. 

Beliau berkata kepada media pada Majlis Jamuan Aidilfitri bersama Ketua Menteri di Seri Bendahara, lewat malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Bersama tingkatkan kasih sayang sempena Aidilfitri – PM

Majlis disertai lebih 1,000 tetamu itu turut dihadiri Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan barisan kepimpinan negeri.

Dalam pada itu, Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan inisiatif parkir percuma yang bermula semalam hingga 28 April ini. 

“Saya tidak boleh jangka berapa ramai yang akan datang ke Melaka kerana masih awal tetapi kita seru agar penduduk tempatan dan pelancong luar yang datang bercuti ke negeri ini menggunakan faedah ini (parkir percuma),” katanya. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This