KEBANYAKAN negeri seluruh negara akan mengalami hujan lebat dan ribut petir pada hari pertama Aidilfitri, hari ini sehingga pukul 6 petang nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, hujan lebat dan ribut petir itu diramal berlaku di keseluruhan negeri Perlis dan Kedah.
Menurut MetMalaysia, Pulau Pinang iaitu di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan juga dijangka mengalami situasi tersebut.
Pada masa sama, keadaan itu turut diramalkan berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di negeri Perak.
“Di Kelantan, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda Gua Musang; Hulu Terengganu di Terengganu; Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin di Pahang serta Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor.
Baca artikel berkaitan: 4 negeri hujan pada pagi 1 Syawal – METMalaysia
“Keadaan sama juga dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur; Melaka serta Johor.
“Di Sarawak pula, ribut petir serta hujan lebat diramalkan di Miri, Marudi dan Limbang sementara situasi itu berlaku di pedalaman Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan manakala kawasan Pantai Barat iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah,” katanya dalam hantaran tersebut.
MetMalaysia memaklumkan, amaran ribut petir itu adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

