Empat individu termasuk bayi maut dalam kemalangan di Kemaman

Dari Penulis

Empat individu termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta Proton Persona di Jalan Terengganu-Jabor, dekat Chukai petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohd Hafiezul Mohamad berkata kejadian tersebut turut menyebabkan lapan individu termasuk tiga kanak-kanak mengalami kecederaan.

“Dalam kereta yang pertama, dua perempuan dewasa dan seorang bayi maut, manakala empat lagi termasuk dua kanak-kanak cedera. Kereta tersebut dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun menghala ke Bandar Baru Cheneh, Kemaman.

“Dalam kereta yang kedua pula, seorang lelaki dewasa maut dan empat lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera. Kereta tersebut dalam perjalanan dari Perasing dekat Jabor menuju ke Batu Rakit, Kuala Nerus,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Hafiezul berkata lima anggota dari BBP Cheneh dan enam anggota yang bersedia di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perasing bergegas ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.47 petang tadi.

Katanya proses mengeluarkan kesemua mangsa yang maut dan cedera baru sahaja selesai, bagaimanapun identiti mereka masih belum dikenal pasti.

 — BERNAMA

Monday , 24 April 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This