MCA gulingkan kerajaan? Ia dakwaan keji kata Ka Siong

Dari Penulis

MCA membidas laporan di media sosial yang menyatakan Ahli Parlimennya merupakan di antara 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terbabit dalam usaha menggulingkan kerajaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan, dakwaan itu berdasarkan sumber maklumat yang tidak berasas dan tanpa disertakan bukti kukuh.

“Selaku Presiden MCA saya memandang berat perkara ini, media sepatutnya mendapatkan maklumat yang sudah disemak.

“Kita sendiri tidak tahu mengenai usaha dan percubaan ini (menggulingkan kerajaan) dan macam mana nama kami, saya dan Datuk Seri Wee Jack Seng ditulis dalam laporan itu.

“Saya menganggap laporan itu satu perbuatan yang keji dan patut dikecam. Laporan ini mengarut dan tidak berasas dan kami tidak terbabit dan tidak tahu-menahu mengenainya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Satu laporan media mendakwa kononnya 10 Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Tan Sri Muhyiddin dilantik Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), terbabit dalam komplot mengguling kerajaan dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi membolehkan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Laporan itu menyenaraikan Ka Siong dan Jack Seng selain beberapa Ahli Parlimen dari UMNO dan MIC.

Baca artikel lain: Tidak perlu pertikai siapa cetus konsep Rahmah – Salahuddin

Ka Siong berkata, mana-mana media boleh menulis berdasarkan khabar angin, namun ia perlu mempunyai asas yang kukuh dan bukti.

“Sebuah portal berita menyiarkan laporan yang bersandarkan kepada ‘sumber maklumat tanpa nama’ dilihat cuba mengarang berita kononnya ada gerakan untuk menggugat Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sesiapa saja boleh menulis mengikut citarasa masing-masing berpandukan khabar angin.

“Namun bagi saya sendiri sebagai Presiden MCA dan parti saya, kami tidak tahu tentang percubaan menggulingkan kerajaan sepertimana yang dilaporkan,” katanya lagi.

Beliau menegaskan tidak akan menyokong langkah sedemikian yang memerlukan mana-mana Ahli Parlimen dipilih ‘mengorbankan’ kerusi mereka untuk memaksa PRK diadakan.

“Di mana logiknya, kami tidak akan sokong dan keutamaan sekarang ialah menyokong dasar dan strategi ke arah pemulihan ekonomi negara melalui kestabilan politik mengikut kehendak rakyat pada PRU15,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This