INSIDEN tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), semalam dikesan berpunca daripada kebocoran kepada sistem perpaipan bekalan air di kawasan tersebut.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia berdasarkan hasil siasatan awal Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurut Alexander, kebocoran paip pada sistem perpaipan telah menyebabkan tanah mengalami ketepuan yang tinggi.
Beliau berkata, ia sekali gus meningkatkan lateral force kepada tembok penahan sedia ada dari jenis contiguous micropile.
“Sebahagian tembok penahan tersebut telah runtuh bersama-sama dengan tanah cerun.
“Taburan hujan di Stesen Sentul untuk empat hari dari 21 April hingga 24 April juga mencatatkan bacaan tinggi antara 16 hingga 47.5 milimeter (mm).
“Semasa kejadian, cuaca adalah baik dan tiada hujan langsung,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel berkaitan: 100 kejadian hakisan tanah dikesan di Segambut sejak tahun lalu – Hannah Yeoh
Mengulas lanjut, Alexander berkata, JKR juga memerlukan lukisan terbina struktur tembok penahan sedia ada daripada pihak pemilik bangunan.
Katanya, ia bagi membuat semakan lanjut terhadap struktur tembok penahan berkenaan.
Beliau memberitahu, kerja-kerja pembersihan tapak akan bermula pada petang ini melalui kontraktor yang dilantik.
“Kerja-kerja pemasangan tarpaulin sheet di kawasan cerun runtuh bagi mengelakkan resapan air hujan terus ke tanah.
“Kerja-kerja pemasangan tilt sensor bagi memantau pergerakan tanah di kawasan tersebut dijangka dipasang bermula esok iaitu 27 April,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

