2 kanak-kanak maut di Kelantan akibat strok haba, air dalam badan mangsa dilaporkan kering

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok di Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah dari Kampung Kota, Kota Bharu meninggal dunia kelmarin Selasa dipercayai kerana strok haba.

Mangsa pertama, Muhamad Syamil Aqil dikatakan meninggal dunia jam 9.27 pagi semasa sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Memetik laporan media, ibu mangsa yang dikenali sebagai Wanie berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan mengesahkan anak lelaki sulung daripada tiga beradik itu maut akibat strok haba dan dihidrasi.

“Doktor yang merawat memberitahu buah pinggang, jantung anak sudah hangus. Di dalamnya sudah kosong, air dan darah dalam badan sudah kering,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perupok hari ini.

Menceritakan kembali kejadian tersebut, dia memberitahu anak lelakinya itu dilihat aktif berbasikal menyambut Aidilfitri pada hari raya pertama dan kedua.

“Pada raya ketiga, dia mengalami demam biasa dan cirit birit.

“Saya memantau suhu badan anak setiap satu jam sekali, namun ia tidak tinggi hanya sekitar 37 hingga 38 darjah sahaja.

BERITA BERKAITAN Jerebu, cuaca panas: Hadkan aktiviti fizikal lasak, guna pelitup muka

“Hari raya keempat selepas Subuh, anak kelihatan lemah. Saya kemudian mengajak suami membawanya ke klinik, tetapi tiba-tiba anak mengalami kekejangan,” ujarnya.

Menurut dia, selepas Muhamad Syamil menghembuskan nafas terakhir di klinik, jenazahnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat dan didikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai, selepas Isyak pada Selasa.

Sementara itu, mangsa kedua, kanak-kanak perempuan dari Kampung Kota yang juga meninggal dunia dipercayai kerana strok haba dikatakan mengalami batuk sejak seminggu lalu.

Bapa kanak-kanak itu, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir berkata, selain batuk, anak tunggalnya, Nur Imanijuga muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

Katanya, Nur Amani dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II Isnin lalu dan doktor yang merawat memberi ubat dan meminta anaknya dibawa pulang.

Ahmad Faris berkata, keadaan anaknya semakin teruk sebelum meninggal dunia kira-kira jam 7.20 pagi Selasa.

“Punca kematian hasil bedah siasat ialah strok haba. Air dalam badan semua kering. Paru-paru sudah kecut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lulus RM178 juta laksana PPR baharu di Negeri Sembilan

KERAJAAN meluluskan pelaksanaan tiga projek Program Perumahan Rakyat (PPR) baharu di Negeri Sembilan bernilai RM178 juta bagi memastikan rakyat...

More Articles Like This