Sabah tumbangkan Selangor di Likas, KL City terus cemerlang tewaskan PDRM

Dari Penulis

PASUKAN Sabah FC berjaya menewaskan Selangor 2-1 dalam perlawanan menarik antara dua pasukan pilihan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas malam ini

Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu mendahului perlawanan melalui gol di minit-24 melalui sepakan penalti oleh Saddil Ramdani selepas kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar dijatuhkan oleh pertahanan lawan.

Selangor kemudian mendapat gol penyamaan menerusi cubaan Faisal Halim yang terkena palang gol sebelum bola melantun kencang ke bawah dan terkena penjaga gol dan terus masuk ke gawang Sabah pada minit ke-51.

Hasil usaha berterusan, Sabah mendapat gol kedua pada minit ke-64, apabila Baddrol Bakhtiar membuat sepakan percuma yang menarik dari luar kotak penalti.

Jaringan itu yang mengubah kedudukan permainan kepada 2-1 melegakan pasukan Sabah yang sebelum itu agak tertekan untuk mencari gol selepas dibolosi Selangor.

BERITA BERKAITAN Sabah berpesta gol benam Kelantan, JDT bergelut tewaskan PDRM

Secara keseluruhan, kedua-dua pasukan bermain sama kuat dengan masing-masing berbalas serangan dan cubaan demi cubaan bermula seawal minit pertama permainan sehingga wisel penamat.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, Kuala Lumpur (KL) City meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan PDRM 3-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ia menyaksikan skuad City Boys melakar kemenangan bersih dalam empat aksi Liga Super sepanjang April selepas merekodkan kemenangan sulung musim ini apabila menewaskan Sabah 2-0 di gelanggang sama, 5 April lalu.

Turun selaku pasukan pilihan, skuad kendalian Bojan Hodak mendahului PDRM pada minit ke-14 hasil jaringan Romel Morales sebelum kapten, Paulo Josue menambah gol kedua, lapan minit kemudian.

Tiga minit sebelum tamat permainan, Tchetche Kipre berjaya meledak gol ketiga KL City, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya naib juara Piala AFC musim lalu itu.

Kemenangan keempat yang dilakar dalam Liga Super itu membolehkan KL City naik ke tangga keenam dengan mengumpul 15 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada...

More Articles Like This