TIGA pemandu cedera selepas terlibat dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Kilometer 8, Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan pada pukul 3 petang itu melibatkan dua buah lori dan sebuah Perodua Axia.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika hujan lebat dan jalan raya dalam keadaan licin.
“Pemandu lori bermuatan batu yang sedang bergerak dari arah Kuala Ketil ke Jalan Bandar Puteri Jaya telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori dan Axia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, akibat kemalangan itu, ketiga-tiga pemandu mengalami kecederaan di kepala dan di hantar ke wad kecemasan Hospital Sungai Petani bagi rawatan lanjut.
Zaidy berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu lori bermuatan batu yang hilang kawalan ketika memandu.
Tambahnya, ketiga-tiga kenderaan mengalami kerosakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

