Peminat ugut bunuh diri jika permintaan nak jadi isteri kedua Aiman Tino tak ditunaikan, ibu buat laporan polis

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

IBU kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil membuat laporan polis selepas seorang peminat anaknya membuat ugutan bunuh diri.

Bimbang sekiranya ada perkara buruk yang bakal berlaku, Hazelina,47, bertindak melaporkan perkara tersebut di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor, hari ini.

“Ada seorang peminat fanatik hantar mesej sanggup jadi isteri kedua Aiman. Malah, dia juga membuat ugutan nak bunuh diri jika permintaannya itu tidak ditunaikan.

“Sebab itu saya bertindak untuk buat laporan polis sebab takut kalau ada kes bunuh diri dan orang akan kaitkan dengan Aiman. Laporan polis itu juga sebagai mahu melindungi anak saya,” katanya kepada URTV.

Malah, lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila individu terbabit turut bertindak menganggu isteri, ahli keluarga serta adik-beradik Aiman di media sosial.

“Sebenarnya kami pernah membawa wanita ini berjumpa dengan Aiman. Kami pun ada memberikan nombor telefon Aiman selepas dia sendiri yang minta.

“Tapi tak sangka lah pula, dia sebarkan nombor telefon tersebut kepada rakannya. Sejujurnya, wanita itu sudah membuat gangguan sejak empat tahun lalu dan ia berlarutan sehingga kini.

“Dia sangat melampau sampai ganggu kakak Aiman, Fara Hazel, adik-beradik dan termasuklah isterinya sendiri pun terkena hal yang sama.

“Dia juga pernah menyamar sebagai bapanya dan buat akaun palsu, ‘serang’ akaun media sosial Aiman. Dia tanya kenapa tak layan anak dia. Saya tak pernah nak biadap dengan peminat Aiman selama ini tapi dia sudah keterlaluan,” luahnya.

Sementara itu, Riena berharap, peminat wanita itu tidak lagi menganggu kehidupan Aiman sekeluarga.

“Pendedahan saya di Instagram hari ini sebenarnya nak keluarga peminat itu ambil tahu mengenai kelakuan anaknya.

“Saya harap lepas dah buat laporan polis ini, dah tak ada gangguan seperti ini lagi. Saya dan keluarga memang serius dengan isu ini sebab itulah kami buat laporan polis,” jelasnya.

Terdahulu, Riena memuat naik hantaran di Instagram mengenai peminat wanita yang dikenali sebagai Siti Syakila Abu Hassan telah mengganggu dan mengugut mahu membunuh diri.

“Sesiapa boleh cari budak ini tak, tolong nasihatkan dia, sudah melampau sangat. Saya boleh buat laporan polis, tetapi masih berfikir panjang lagi.

“Bukan di sini sahaja dia mesej yang bukan-bukan, Fara Hezel juga diganggu walau disekat berapa kali, dia tetap buat akaun baru. Saya dah banyak bersabar sebenarnya.

“Sebelum ini, dia ingin bertemu dengan Aiman. Saya dan suami sudah atur dan temukan, siap minta nombor telefon, lepas dapat nombor telefon habis dikongsi kepada orang lain.

“Haruskah saya berlembut lagi? Kalau mati nanti Aiman pulak disalahkan, maaf sudah seribu kali maaf, tetap juga merapu. Ada keluarga dia terbaca tolong nasihatkan dia. Nak jadi isteri kedua bagai seram sejuk baca ayat-ayat dia ini.

“Ni saya kongsi secebis sahaja dan baru pagi ini saya terima,” tulisnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This