Seksa tengok Janna Nick bersenam, netizen nasihat jangan paksa diri

Dari Penulis

PELAKON, Janna Nick atau Nurul Jannah Muner mendedahkan sedang giat bersenam demi ‘good food’ biarpun ada kalanya rasa tidak berdaya untuk meneruskan aktiviti tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon Cari Aku Di Syurga itu, dia berasa pelik dengan dirinya yang sanggup menyeksa diri sehingga hampir pengsan. 

“Kadang-kadang terfikir, kenapa la kena seksa diri sampai macam ni. Bersenam sampai rasa nak pitam. 

“Jawapan dia sebab saya nak makan makanan yang sihat. Seronoknya jadi orang yang makan dua tiga pinggan pun tak gemuk,” ujarnya.

Tambahnya, aktiviti kecergasan tersebut merupakan usahanya untuk kekal sihat luar dan dalaman. 

Penyanyi lagu Gatal itu turut berasa sukar ingin mula konsisten bersenam terutamanya selepas bulan Ramadan.

“Tapi tak apa la. Bersenam pun memang bagus untuk kesihatan mental. 

“Cuma nak mula balik selepas bulan puasa ni, aduh beratnya,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memesan kepada pelakon berusia 28 tahun itu untuk sentiasa mengutamakan kesihatan.

“Awak tak gemuk pun Janna. Awak ada badan yang cantik. Nikmati kehidupan awak. Bukan senang nak dapat badan macam awak. Aset ada, yang lain kurus saja. Kenapa awak nak seksa diri awak.

“Jangan seksa sampai nak pitam. Tak elok begitu. Yang penting jangan lupa makan nasi suku suku separuh. Elakkan gula, walaupun dalam buah pun ada gula. Banyak minum air masak. Air masak tau bukan air mineral,” tulis beberapa netizen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This