Dah letak baja tapi pokok mangga tetap tak berbuah? Cuba ‘sunat’ dahan dia, confirm meriah keluar bunga

Dari Penulis

Kadang kala entah di mana silapnya, apa yang ditanam tak membuahkan hasil. Segala tip telah dicuba, malah semua jenis baja juga ditabur namun pokok tetap tak berbunga dan berbuah.

Buat yang memiliki pokok mangga, boleh cuba ikut perkongsian Mohd Nasiruddin Abd Aziz dengan teknik ‘sunat’ dahan pokok.

Menurut Nasiruddin, pokok mangganya sudah setahun tidak berbuah walaupun sudah dibaja. Namun selepas dahan pokok disunatkan, tidak sampai dua minggu, pokok mula berbunga.

Jelasnya lagi, untuk cadangan usia pokok haruslah tiga tahun ke atas dan cara paling baik ialah dengan sunat pada dahan cabang, bukan dahan utama.

“Dah dekat setahun mangga ni tak berbuah… Boh baja pun xmenjadi… Kasi sunat dahan dia, dua minggu terus meriah keluar bunga.. ?? ???

*Usia pokok dah 4 tahun. Jangan buat awal sgt takut mati pulak nanti #chokanan

Saya belajar dari Youtube. Ada banyak tutorial pasal sunat pokok ni. Pokok lain saya tak pasti sebab kebanyakan orang buat dekat pokok mangga je. Paling awal pun tak pasti. Saya buat dekat dua pokok dan dua-dua pokok berusia atas tiga tahun. Saya cadangkan pokok berusia atas tiga tahun.

Dan cara yang lebih baik buat pada dahan cabang, bukan pada dahan utama. Kalau tak menjadi, hanya efek pada satu dahan sahaja,” ulasnya kepada Wanita.

Pokok mula berbuah dua minggu selepas disunatkan.
Pokok mangga berbuah lebat selepas disunatkan.

Kredit : Mohd Nasiruddin Abd Aziz


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This