Apa yang anda perlu buat jika terlibat dalam kemalangan jalan raya? Bertenang dan ikut prosedur ini

Dari Penulis

Kemalangan jalan raya bukan perkara yang asing bagi kita. Setiap hari pasti ada kemalangan yang berlaku tidak kira kemalangan kecil mahupun melibatkan kematian.

Walaupun kita sudah berhati-hati ketika memandu namun disebabkan kecuaian orang lain, kita turut terlibat sama dalam kemalangan. Bagi pemandu yang tidak pernah mengalami kemalangan jalan raya, detik ini sangat mendebarkan hati dan menakutkan bagi mereka sehingga boleh menyebabkan trauma.

Oleh itu, ketahui tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan buat kali pertama.

1.            Bertenang dan pastikan diri dalam keadaan yang baik

2.            Buka lampu kecemasan sebelum turun dari kereta

3.            Ambil maklumat pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan seperti nombor plat kereta, model kereta, warna kereta, nama pemandu dan nombor telefon pemandu

4.            Pastikan anda dan pihak ketiga mempunyai lesen memandu yang sah dan masih aktif

5.            Ambil gambar kemalangan dan tempat kejadian

6.            Pastikan anda tahu lokasi kemalangan dengan betul, sekiranya berlaku di ‘highway’ ambil nombor jalan jika berlaku di kampung ambil tahu nama jalan untuk memudahkan urusan laporan

7.            Sekiranya kenderaan boleh bergerak, pandu sendiri ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan dalam masa 24 jam

8.            Jika tidak dapat bergerak, hubungi pihak insurans atau agen insurans anda untuk memberi bantuan dari segi free towing

9.            Berbincang dan sentiasa berkongsi maklumat dengan pihak insurans tentang tuntutan insurans

10.         Proses tuntutan insurans berbeza bagi kemalangan dilanggar dan melanggar kereta yang lain


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This