SEORANG penunggang motosikal maut manakala adik lelakinya parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 53.7, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan pada pukul 5.30 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub, Pahang.
Berdasarkan kesan-kesan kerosakan di lokasi kejadian, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.
“Penunggang motosikal yang dikenali sebagai Farah Amira Samsuri,22, meninggal di lokasi akibat cedera parah di kepala.
“Sementara adiknya berusia 15 tahun dihantar ke Hospital Bentong bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Zaiham berkata, orang ramai yang melihat kejadian terbabit diminta tampil bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

