Campak mayat dalam gaung: Dua sekawan didakwa bunuh pemilik rangkaian klinik

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

DUA sekawan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan di dalam sebuah bagasi di Hulu Langat, bulan lalu.

Mayat tersebut ditemui di dalam gaung sedalam 27 meter.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Devan Jayasimhan, 40 dan Hariharan Silvam, 22, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz, pagi ini.

Mengikut kertas pertuduhan kedua-dua tertuduh yang juga merupakan pemandu e-hailing dan penganggur didakwa secara bersama-sama membunuh seorang lelaki berusia 41 tahun antara 26 April sehingga 28 April lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan tebing curam, tepi Sungai Tekali, Hulu Langat, Kajang.

Justeru kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu memperuntukkan kedua-dua tertuduh boleh dihukum mati sekiranya sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim, sementara Devan diwakili peguam, Kenny Tan Cheng Yee manakala Hariharan tidak diwakili oleh peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Jun depan bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini UtusanTV melaporkan polis menahan lima individu di Ampang dan Kajang, Khamis lalu bagi membantu siasatan kes bunuh pemilik rangkaian klinik berkenaan.

Susulan penahanan kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 22 dan 40 itu, polis turut merampas 12 telefon bimbit daripada mereka termasuk satu daripadanya milik mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya percaya motif kejadian adalah untuk mendapatkan wang kerana suspek mempunyai masalah kewangan bagi membayar peguam untuk kes berkaitan dadah dan suspek juga berjaya mendapatkan RM20,000 daripada mangsa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This