PENGACARA dan pelakon terkenal, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa rindu untuk melancong ke seluruh dunia sama seperti zaman bujangnya dulu.
Bekas pengacara MeleTOP yang berusia 34 tahun itu akur dengan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu yang perlukan meletakkan komitmen terhadap keluarga.
Pelakon drama Suri Hati Mr.Pilot itu sedang sarat hamil anak kedua dan berasa sedikit sukar untuk membawa anak sulungnya, Bilal melancong ke luar negara.
“Fikir pasal jelajah, sakit kepala sebab tak nak tinggal anak, nak kena hantar anak dekat orang lain jaga.
“Jadi, tunggu dah besar sikit baru nak menjelah dunia sama- sama. Daripada sakit kepala, fikir macam-macam. lebih baik tak perlu (buat masa sekarang),” katanya menerusi siaran langsung di media sosialnya.
Tambahnya, kini dia lebih fokus untuk melengkapkan lagi keluarga kecilnya itu bersama suaminya, Haris, 27.
“Dulu pun dah ‘travel’ merata tempat. Jadi kita berehat seketika. Buat anak, besarkan anak dan nanti kita ‘travel’ cari alternatif berbeza dengan keluarga.
“Kalau semua benda pun nak dapat benda yang sama, habislah dik,” selorohnya.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris Ismail berkahwin pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia setahun enam bulan.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

