Pembelaan nusyuz Puteri Sarah disemak oleh peguam Syamsul Yusof

Dari Penulis

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul Yusof memaklumkan pengarah itu akan meneliti tuntutan nusyuz dikemukakan isterinya, Puteri Sarah Liyana, hari ini.

Menurut Azmi, mereka akan memasukkan jawapan dan pembelaan terhadap tuntutan terbabit pada tarikh sebutan baharu iaitu pada 14 Jun, 3 petang, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

“Saya baru terima dokumen pagi ini, belum baca lagi. Tuntutan balas Puteri Sarah saya belum teliti lagi. Setakat ini masih sebutan lagi, belum ditetapkan tarikh bicara.

“Tarikh akan datang adalah sebutan. Kami akan masukkan jawapan dan pembelaan terhadap tuntutan balas,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, kenyataan yang dibuat oleh Syamsul bahawa dia akan menarik kes nusyuz sebelum ini akan berlanjutan sekiranya dia belum menceraikan isterinya, Puteri Sarah.

“Setakat ini, belum lagi. Kalau cerai jadi, hal ini (nusyuz) takkan jadilah.  Kalau tak ada penyelesaikan global, kes ini masih diteruskan,” katanya.

Pada 6 April lalu, Puteri Sarah memaklumkan mahu memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz dibuat Syamsul yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun, Syamsul berkata akan menarik semula semua tuntutan itu selepas berbincang dengan isteri pertamanya itu pada 10 April lalu.

Kenyataan berkenaan dibuatnya selepas Syamsul akhirnya bersetuju akan lafaz cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. 

Namun begitu, perceraian terbabit tidak berlaku selepas pengarah itu enggan lafaz cerai pada tarikh yang ditetapkan.

Peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya bertindak memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz berkenaan selaku defendan.

Sebelum ini, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terbabit dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Selain itu, antara alasan dikemukakan terhadap tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Sumber : Harian Metro


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This