Ira Kazar dah ‘Tak Kisah’ dengan kutukan, terkilan bapa jadi mangsa amarah netizen

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BEKAS isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar lebih tenang untuk bersikap tidak ambil tahu setiap kecaman warganet terhadapnya.

Malah, Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin,29, berkata, dia sudah lali dan terbiasa dengan tohmahan tidak berasas daripada netizen tanpa mengetahui perkara sebenar sebelum melemparkan tuduhan.

“Tak apalah…saya dah biasa kena kecam. Saya tak kisah. 

“Bagi saya, sebenarnya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial. 

“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” katanya kepada URTV.

Ira berkata demikian ketika ditemui di majlis Hi Tea With Anthon’s Leather di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor.

Pada masa sama, Ira meluahkan perasaan terkilan apabila bapanya yang juga pelakon senior Kazar Saisi turut terpalit menjadi mangsa kemarahan netizen.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan.

“Saya sedih jugalah tapi Alhamdulillah ayah pun sekarang dah okey,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan, Ira turut menghiburkan tetamu yang hadir dengan lagu Jangan Kau Mimpi nyanyian asal daripada Allahyarham Siti Sarah.

Malah, dia juga bakal melancarkan single terbaharu berjudul Tak Kisah yang merupakan suara hatinya yang sudah tidak lagi ambil peduli mengenai kontroversi.

“Saya bakal keluarkan single tak lama lagi berjudul Tak Kisah. Insya-Allah bulan depan akan rakamkan muzik video. Lagu itu rancak dan dah siap rekod.

“Saya ‘Tak Kisah’ sebab lantaklah dengan apa orang nak cakap. Saya dah bersedia.

“Ayah pada awalnya tak bagi anak-anak masuk dalam bidang seni. Tapi bila masing-masing dah besar dan boleh buat keputusan sendiri, ayah akhirnya bagi izin.

“Ayah pesan suruh jaga diri, jaga nama baik keluarga,” ulasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This