PERUBAHAN wajah pelakon Fathia Latiff berbanding sebelum ini telah mengejutkan ramai orang.
Malah, menerusi foto terbaharu yang dikongsikan di Instagram pelakon berusia 35 tahun itu baru-baru ini juga telah mengundang perhatian warganet yang rata-rata menyoalkan perubahan wajahnya sehingga kelihatan agak pelik.
Enggan membiarkan netizen terus bercakap tentang perbezaan wajahnya, Fathia tampil memberi respon dan mengaku gembira dengan penampilan terbaharunya.
“Apa masalahnya kalau saya nampak berbeza? Pernah dengar tak solekan dan rawatan estetik?
“Saya gembira dengan rupa saya sekarang,” tegasnya.
Sekitar Februari lalu, Fathia ada berkongsi video yang memaparkan dirinya sedang melakukan suntikan ‘filler’ pada wajah di sebuah klinik kecantikan.
Susulan perkongsian tersebut, Fathia menjadi sasaran netizen yang mendakwa dia telah mengubah ciptaan Allah dengan melakukan rawatan kecantikan bagi mengubah wajah asalnya.

