Fathia dakwa suami Heliza Helmi tipu hal rumah, tapi tuan badan nafi terlibat dengan bisnes hartanah

Dari Penulis

SELEPAS panas dengan isu berkelahi beberapa rakan selebriti, pelakon Fathia Latiff sekali lagi ‘buat hal’ apabila mendakwa suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebagai ‘scammer’.

Dedah Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff,36, dia membeli sebuah rumah daripada syarikat milik Mahadi namun selepas lima tahun, dia mula rasa ditipu kerana sehingga kini ‘bayang’ kediaman tersebut masih belum nampak.

Lebih perit lagi kata Fathia, dia terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM2,000 sejak dua tahun lalu biarpun rumah yang dijanjikan siap pada tahun lepas masih gagal.

“Janggut panjang, isteri tudung panjang…pergi berjihad tapi tipu orang. Ya, Heliza Helmi punya laki (suami)…scammer.

“Saya boleh sahaja nak jemput dia sekarang untuk bersembang. Saya mahukan rumah saya.

“Tak payah polis report…lambat. Kita semua tahulah benda ni.

“Jadi, kalau kau tak siapkan rumah tu, aku tak nak balik (Malaysia),” katanya yang kini berada di Osaka, Jepun.

Jelas Fathia, Mahadi telah melanggar kontrak seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Saya tak mahu lawan kes ini. Saya hanya nak rumah saya.

“Mereka telah langgar kontrak. Janji nak siapkan tahun 2022. lepastu sekali cakap hal sama pada 2023 tapi sampai sekarang rumah belum siap,” luahnya menerusi sesi siaran langsung di Instagram.

Sementara itu menerusi hantaran di Instagram Story Mahadi, dia menegaskan tidak pernah terlibat dalam sebarang kegiatan industri perumahan.

Mahadi juga tidak mengenali Fathia secara langsung mahupun tidak langsung.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This