RMP Open Championship 2023 Level III ukir sejarah Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEJOHANAN Tembak RMP Open Championship 2023 Level III yang berakhir hari ini mengukir sejarah apabila diiktiraf dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Kejohanan yang berlangsung di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya sejak 1 Mei lalu itu berjaya mencatatkan penyertaan peserta paling ramai dalam sejarah negara. 

Jumlah 787 peserta yang menyertai Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 Level III itu melayakkan ia tersenarai dalam MBOR. 

Ia melibatkan penyertaan 10 jabatan; 10 formasi; 14 kontinjen; sembilan briged; 19 batalion dan 15 pusat latihan dalam keseluruhan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Selain itu, Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 Level III turut menyaksikan penyertaan lapan agensi penguatkuasaan serta lima kelab dan persatuan menembak. 

Lebih menarik, ia juga menarik perhatian penembak dari lapan negara iaitu Thailand; Singapura; Hong Kong; Filipina; Emiriah Arab Bersatu (UAE); Macau; Indonesia dan Turkiye. 

Penyerahan sijil Malaysia Book of Records itu disempurnakan Ketua Pegawai Operasi MBOR, Wong Hong Wai kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada Majlis Apresiasi RMP Open Championship 2023 Level III di Hotel Everly, Putrajaya, hari ini. 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi (tengah) bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani ketika hadir pada Malam Apresiasi RMP Open Championship 2023 Level III di Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: PDRM kuasai RMP Open Championship 2023 Level III

Turut hadir, Timbalan Pengarah Serantau IPSC Malaysia merangkap Presiden Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Dato’ Sri Shafiz Shahrani. 

Sementara itu, Acryl Sani dalam ucapan menyifatkan pengiktirafan dicapai RMP Open Championship 2023 Level III sangat bermakna buat Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Beliau berkata, pengiktirafan itu sekali gus membantu mempromosi Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang turut menyediakan fasiliti serba lengkap bagi kejohanan menembak bertaraf antarabangsa. 

“Saya turut mengambil ruang dan peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan atas keprihatinan yang diberikan dalam pembangunan sukan menembak di negara ini. 

“Besarlah harapan saya agar Malaysia diberi peluang untuk menganjurkan pertandingan Level V iaitu World Shoot yang merupakan tahap tertinggi dalam kejohanan IPSC,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

162 bekas tentera wanita disaring, hanya 16 dipilih warden MRSM

SERAMAI 162 calon warden wanita Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan bekas tentera telah pun menjalani sesi saringan,...

More Articles Like This