Aliff Syukri berjaya tunaikan impian! Tersenarai Malaysia Book of Records menerusi kutipan jualan RM1 juta dalam tempoh 2 minit 32 saat!

Dari Penulis

Selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berjaya menciptai The Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kutipan jualan beg tangan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung dalam tempoh dua minit 32 saat.

Rekod itu turut disahkan Pegawai The Malaysia Book Of Records, Siti Nurhanim Mohd Noh menerusi serahan sijil rasmi sejurus selepas sesi jualan secara penstriman langsung sebentar tadi.

Pencapaian tersebut sekaligus mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh pempengaruh dan usahawan Khairul Aming melalui jualan sambal Dendeng Nyet dalam masa tiga minit 39 saat pada Februari tahun lalu.

Sebaik disahkan jualan terpantas, Aliff yang bersiaran langsung menerusi TikTok @papalarisofficial menjerit kegembiraan selepas beg tangan koleksi Samma habis terjual.

“Saya sebenarnya tidak sangka boleh melakukannya dalam tempoh yang lebih singkat iaitu dua minit 32 saat.

“Ini bukan perkara yang mudah walaupun mungkin ada orang nampak sebaliknya. 

“Apa-apa pun saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga, staf dan rakyat Malaysia.

“Saya berjanji koleksi ini memang benar-benar menawarkan citarasa eksklusif,” katanya.

Pembeli bertuah yang membuat pembelian pada malam tersebut berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk percutian ke resort miliknya, emas, pakej umrah dan sebagainya.

Beg tangan keluarannya itu dilancarkan secara rasmi pada pukul 8 malam selepas beberapa bulan menjalankan promosi menerusi media sosial.

Aliff juga pernah meluahkan hasrat untuk berkongsi rezeki dengan golongan anak-anak yatim sekiranya impiannya memecahkan rekod MBOR itu tercapai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This