Aliff Syukri bakal cipta rekod Malaysia Book of Records – ” Saya bernazar sekiranya dapat mencipta rekod, saya akan agihkan sebahagian hasil jualan ke rumah anak yatim…,”

Dari Penulis

SELEBRITI dan ahli perniagaan popular, Datuk Seri Aliff Syukri bakal mencipta rekod Malaysia melalui The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Kutipan Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung.

Jualan itu dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos ini pada pukul 8 malam menerusi platform TikTok @papalarisofficial.

Menurut Aliff, dia akan memperkenalkan koleksi baharu bag tangan Samma Bag Denim Edition yang dipertaruhkan pada malam tersebut bagi mencapai hasrat mencipta rekod Malaysia.

Beg tersebut akan dijual dengan harga RM79.90 meneruesi platform media sosial terbabit.

“Saya janjikan kualiti beg yang diperbuat daripada kain denim (jeans) berkualiti tinggi. 

“Pembeli yang bertuah pada malam 3 Ogos itu nanti juga berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah berupa kereta, percutian di Sugeh Resort, emas, barangan perkakasan elektrik dan hadiah misteri.

“Saya juga bernazar sekiranya dapat mencipta rekod Malaysia tersebut, saya akan mengagihkan sebahagian hasil jualan tersebut ke rumah anak yatim yang terpilih bagi berkongsi rezeki” katanya.

Tambah Aliff, idea untuk mencipta rekod MBOR itu mula tercetus selepas melihat terlalu banyak persaingan penjual beg diluar sana.

“Saya ingin membuktikan beg keluaran saya iaitu AS Bag dan Anthon’s Leather menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dengan kualiti yang premium serta harga yang mampu dimiliki.

“Saya menyeru rakyat Malaysia agar dapat memberi sokongan untuk saya mencipta rekod Malaysia sekaligus bakal mencipta nama sebagai pengeluar beg tempatan yang terlaris,” ulasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This