Polis tahan dua lelaki, rampas 1,382 bungkus sosej seludup

Dari Penulis

Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 1,382 sosej sejuk beku bernilai RM188,200 yang disyaki diseludup masuk dari negara jiran, di Batu 6, Jalan Raya Timur Barat, dekat Batu Melintang, di Jeli semalam. 

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata rampasan dilakukan ketika lori dinaiki mereka dalam perjalanan ke utara tanah air.

Beliau berkata bertindak hasil maklumat awam, polis telah menahan sebuah lori Hicom yang dinaiki kedua-dua suspek berusia 37 dan 38 tahun pada 11 malam.

“Pemeriksaan lanjut di dalam lori berkenaan telah ditemukan 333 guni mengandungi 1,382 bungkus sosej tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kedua-dua lelaki itu juga gagal mengemukakan sebarang dokumen perakuan daripada KKM ke atas bekalan sosej sejuk beku tersebut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Saari berkata kesemua barangan rampasan serta suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati bekalan sosej sejuk beku tersebut telah diseludup dari Thailand untuk kegunaan pasaran tempatan di utara tanah air.

“Kesemua tangkapan dan rampasan akan diserahkan kepada pihak KKM dan siasatan lanjut telah dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983,” katanya.

— BERNAMA

Monday , 08 May 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This