Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Menurut doktor selebriti, Dr Say Shazril, walaupun agak berat menerima secara rasmi kad OKU anaknya, Aezriel Muhammad Shazril, namun digagahkan demi kebaikan dan kebajikan keluarga.
Mengakui tiada perasaan malu atau sedih dengan ketidakupayaan anak, namun melihat wajah polos dan ikhlas Aezriel atau lebih mesra disapa Ace, hatinya sayu.
Dr Say turut menjawab kritikan warganet yang mempersoalkan tindakannya mendaftarkan ketidakupayaan Ace secara rasmi dan menyatakan pemegang kad OKU akan terjaga kebajikannya walau selepas kedua ibu bapa meninggal dunia.
“Topik : Kad OKU Ace Is Here
Sy daftar untuk kad OKU Ace back in January 2023. Sabtu baru ni sy check online & kad OKU Ace ready untuk dituntut. 4 bulan untuk kad OKU siap. Terus terang cerita bila nak amik kad OKU arini terasa sangat berat, rasa macam “aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?” tapi sy gagahkan jua sebab sy jugak yg apply kad OKU tu. Sampai kat JKM Sepang, sepi takde orang lain. Macam suasana dicipta untuk sy soaked in yg anak sy istimewa, anak sy kelainan upaya & ini buktinya. Bila kad OKU dihulurkan kat sy, sy ucap terima kasih kat pegawai JKM & terus sy meluru masuk kereta.
Dalam kereta sy amati elok2 kad OKU tu. Besar2 tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya & ada gambar Ace senyum yg cukup suci, ikhlas & naive. Berjurai air mata sy. Sy taktau sebab apa. Nak kata sy malu pegang kad OKU ni sikit pun tak, sebab sy tahu kad inilah yg boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya sy atau wife tiba2 tiada di dunia ni. Nak kata sy sedih anak sy OKU juga tak sebab OKU doesnt mean dia tak boleh enjoy the world like other kids do. Sy serius taktahu kenapa sy sayu tapi it took me quite some time to accept that my son is now “OFFICIALLY” different.
Sy tahu mesti ramai persoalkan “kenapa buat kad OKU tuk Ace, kesian dia” well kalau kalian tak tahu, kad OKU ni ada banyak keistimewaannya antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, butterfly effect bila travel tapi ULTIMATUMnya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yg akan menjadi hak yg sepatutnya anak istimewa kita dapat. Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul2 nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan & keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card & i am content.”
Kredit : Instagram Say Shazril

