Warga emas maut dibelit ular sawa sepanjang 7 meter

Dari Penulis

SEORANG warga emas maut selepas dibelit ular sawa sepanjang tujuh meter di dalam sebuah kebun dekat Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara, 8.15 malam, Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Tinanggaea, Iptu Asiz Doali, mangsa yang dikenali sebagai Rasmin, 63, telah pergi ke kebun untuk melihat lembu peliharaannya dan mengucapkan selamat tinggal kepada isteri pada pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun, isteri mangsa yang dikenali sebagai Inah mula risau apabila suaminya tidak pulang ke rumah meskipun sudah menjelang lewat petang.

Isteri mangsa kemudian meminta menantunya yang dikenali sebagai Suparjo dan anak mangsa untuk pergi ke kebun mencari mangsa.

“Suparjo dan isteri kemudian pergi ke kebun dan terkejut apabila mendapati mangsa dibelit ular sawa.

“Mereka kemudian meminta bantuan penduduk setempat untuk membantu menyelamatkan mangsa.

“Mangsa nyaris ditelan ular sawa tersebut kerana kepala mangsa telah masuk ke dalam mulut ular tersebut,” ujarnya memetik laporan Detik.com.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tinanggea, Ipda Yusuf berkata, pemeriksaan mendapati tubuh mangsa patah akibat dibelit.

“Ular tersebut membelit seluruh badan mangsa sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah.

“Terdapat juga kesan gigitan di kaki dan leher mangsa. Dipercayai ular tersebut menerkam leher mangsa kerana terdapat kesan cedera parah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This