Ia kecil namun melepaskan racun setara ular, ini semut yang gigitannya paling menyakitkan di dunia

Dari Penulis

DIGIGIT semut adalah perkara biasa yang kita alami. Namun, tahukah anda semut yang paling sakit gigitannya?

Semut jenis paraponera clavata berada pada kedudukan senarai nombor satu dalam indeks Schmidt Sting Pain, sebagai semut api yang memiliki gigitan paling menyakitkan di dunia.

Indeks ini diilhamkan oleh Justin Schmidt berdasarkan kepada bisa gigitan semut ini yang dikatakan setara dengan situasi terkena bedilan peluru daripada senjata api. Malah, 30 kali lebih menyakitkan daripada sengatan serangga kumpulan Hymenoptera seperti tebuan dan lebah.

Sebelum ini, tidak ramai tahu tentang bisa gigitan luar biasa yang dihasilkan oleh semut Paraponera Clavata yang juga digelar semut peluru ini. Sehinggalah seorang doktor botani dari Universiti Ghent di Belgium, Joseph Charles Bequaert (1886-1982) buat pertama kalinya mendedahkan sifat morfologi tentang semut api ini.

Beliau memaklumkan bahawa kesakitan yang dicetuskan oleh serangga kecil itu bukan kerana gigitannya. Tetapi pencetus kepada rasa sakit tersebut adalah disebabkan oleh neurotoksin yang dilepaskan semut api itu saat ia menggigit.

Paraponera clavata, semut yang paling menyakitkan gigitannya.

Neurotoksin merupakan kompleks protein beracun yang biasa terdapat pada beberapa bisa ular. Kewujudan racun ini mula disedari ketika pencarian bahan alamiah dilakukan untuk kegunaan dalam membuat pestisid. Pestisid merupakan bahan kimia beracun yang digunakan untuk membunuh binatang perosak seperti serangga dan tikus. Selain itu ia juga menjadi ramuan racun perosak.

Ilmuwan mulanya terkejut dan teragak-agak untuk mengesahkan tentang penemuan racun berbisa tersebut pada gigitan semut api ini. Secara logiknya, seperti tidak masuk akal haiwan sekecil semut mampu melumpuhkan mangsanya dengan gigitan beracun selayak ular.

Apatah lagi jika dilihat berdasarkan saiz, semut ini dianggarkan bersaiz antara 18 milimeter hingga 25 milimeter panjang. Ia kelihatan agak gempal dan berwarna hitam kemerahan. Jika dirujuk pada ukuran ini, ia tidaklah sebesar mana pun.

Bagaimanapun, setelah diteliti perihal yang menyebabkan rasa kesakitan ini terjadi, rupa-rupanya racun neurotoksin ini memang wujud dalam abdomen semut tersbeut. Ia akan menyuntik racun berkenaan pada mangsanya secara gigitan di bahagian mulutnya. Setelah cecair berbisa itu masuk ke dalam tubuh mangsa, tindak balas rasa sakit serta-merta akan mula terasa.

Antara kesakitan yang terpaksa ditanggung apabila digigit semut ini ialah rasa terbakar, berdenyut dan bengkak pada kawasan gigitan. Mangsa turut berasa mual, menggeletar, suhu badan meningkat dan berpeluh secara berlebihan.

Dengan hanya satu gigitan, kesakitan yang teruk ini dapat dirasakan tanpa henti selama 24 jam. Rasa sakit ini bagaimanapun akan berakhir dengan lumpuh anggota badan dan paling teruk dapat mengakibatkan anaphylactic shock, iaitu tindak balas alergi yang teruk terhadap bisa seperti lebah atau dari bahan-bahan lain. Ia boleh berlaku dalam tempoh masa hanya beberapa saat selepas terdedah kepada alergi. Dalam beberapa kes, kematian boleh berlaku hanya dalam tempoh beberapa minit.

Namun begitu, Paraponera Clavata bukanlah jenis semut api yang agresif. Ia dikatakan menyerang mangsanya dalam kes-kes tertentu seperti mempertahankan diri atau melindungi sarang mereka.

Semut ini bersarang dalam koloni bawah tanah yang mengandungi banyak terowong dan ruang-ruang umpama bilik. Spesies ini hidup menjalar di pokok-pokok sehingga kehadirannya ditakuti oleh hidupan lain dalam hutan Amazon di Brazil.

Meskipun ia diketahui sangat merbahaya, namun dalam sesetengah komuniti orang asli masih ada yang menggunakan sengatan serangga ini untuk upacara-upacara tradisi. Misalnya Suku Satere-Mawe di Brazil, menggunakan semut beracun tersebut dalam upacara kepahlawanan untuk menjadi seorang lelaki.

Berdasarkan kepercayaan tradisi ini, seseorang lelaki itu harus gagah dan mampu menahan kesakitan. Jadi justifikasi gagah itu dibuktikan melalui kemampuan menahan gigitan semut ganas ini.

Justeru untuk menjadi seorang jantan, mereka harus memasukkan tangan ke dalam karung khas yang berisi semut ini. Lelaki yang menjalani ujian ini tidak dibenarkan mengeluarkan tangan daripada karung ini sehingga melepasi masa yang ditetapkan iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Tambah mengerikan ia bukan sekali, tapi wajib melakukannya sebanyak 20 kali.

Ada komuniti orang asli menggunakan semut ini untuk menguji kepahlawanan seorang lelaki.

Selain itu, kaum asli di Amerika Tengah pula menggunakan sengat semut ini sejak berabad-abad lamanya untuk merawat beberapa penyakit seperti reumatisme, sakit otot dan sendi. Selain itu semut berbahaya ini juga digunakan untuk merawat luka.

Kebolehan serangga ini boleh dilihat ketika diletakkan pada bahagian tubuh yang terluka atau cedera. Ia akan bertindak balas dengan memulas kepalanya, manakala bahagian penyepitnya pula memegang luka. Sesudah itu, semut ini akan merembeskan air liurnya untuk menutup bahagian luka tersebut. Keadaan ini membolehkan luka itu menjadi sembuh.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dulu mewah di Malaysia, kini rendam rumput kering dalam air… Nasib Dara, Amoi dan Kelat mengundang sebak

Ada sesuatu yang meruntun hati apabila melihat seekor gajah berdiri di tepi kolam, perlahan-lahan merendam rumput kering ke dalam...

More Articles Like This