Berita gembira untuk pendidik sempena Hari Guru esok

Dari Penulis

MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkannya sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh esok.

Beliau berkata pengumuman itu dijangka memberi semangat serta impak terhadap keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

“Tunggu esok, insya-Allah ada beberapa perkara yang saya fikir (akan diumumkan esok) untuk kita bagi semangat kepada guru-guru kita dan keseluruhan kepada ekosistem pendidikan dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023 di MITC Ayer Keroh yang turut dihadiri Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar.

Baca artikel berkaitan: Umpama lilin membakar diri, ‘Selamat Hari Guru’ cikgu!

Katanya, penghormatan sewajarnya harus diberikan kepada golongan pendidik jika mahu melihat Malaysia membangun sebagai sebuah negara bangsa yang kuat.

“Refleksi guru bangsa ini akan memberikan refleksi kepada kekuatan dan jati diri yang kuat kepada rakyatnya.

“Biar orang (luar) melihat rakyat Malaysia, orang (luar akan) ingat guru-guru bangsa inilah yang telah mendidik rakyat Malaysia sehingga menjadi rakyat yang kuat jati diri … maknanya kekuatan bangsa itu lahir daripada kekuatan guru-gurunya,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This