Kebakaran Sandakan: 454 pelajar dari 12 sekolah terima bantuan khas RM300

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BANTUAN khas RM300 bagi setiap pelajar rakyat Malaysia yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Bahagian, Sandakan, Sabah telah dikreditkan ke akaun sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang turut sama bersedih dengan kebakaran besar itu menegaskan dalam apa jua musibah, pendidikan harus terus diperjuangkan.

Ia dijangka memanfaatkan 454 murid dan pelajar daripada 12 sekolah.

“Bagi terus memastikan anak-anak pelajar terus hadir ke sekolah dengan bantuan RM300 bagi setiap pelajar warganegara yang terjejas.

“Semoga Allah SWT mengangkat semua penderitaan, memberikan kesabaran dan memudahkan urusan semua rakyat yang terjejas,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina menerusi kenyataan berbeza berkata, murid terjejas juga akan diberikan kelonggaran berpakaian seragam sekolah.

Selain itu, katanya, sokongan psikososial juga disediakan untuk murid, guru dan warga pendidikan yang terlibat.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan turut telah diminta untuk memenuhi keperluan murid termasuk bantuan pengangkutan ke sekolah,” katanya lagi.

Pada Ahad lalu, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia memusnahkan kira-kira 1,000 rumah melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat lokasi kebakaran mengumumkan pemberian sumbangan ihsan sebanyak RM1,500 kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia.

Sumbangan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM450,000 yang akan disalur kepada 300 keluarga yang sudah dikenal pasti.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This