‘Buat tuduhan tanpa bukti digelar ‘mat retorik’, kata Tun M pada Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa membuat tuduhan di atas pentas politik tanpa memberi bukti digelar ‘mat retorik’.

Dr Mahathir turut mengulangi pendirian tidak mempunyai masalah untuk mengisytiharkan harta seperti yang dilakukan Anwar kerana tiada apa yang hendak beliau sorokkan.

Malah, beliau menegaskan telah pun beberapa kali mengisytiharkan harta semasa menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Yang jadi masalah ialah Anwar telah beberapa kali tuduh saya salah guna kedudukan semasa saya jadi Perdana Menteri untuk kayakan diri saya dan keluarga saya.

“Saya juga dituduh memiliki wang berbilion ringgit, kapal terbang dan kapal. Kononnya semua orang tahu,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Anwar tegaskan tiada masalah dedahkan harta

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut menggesa Anwar untuk mendedahkan bukti terhadap kenyataan yang mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa untuk diri sendiri dan keluarga.

Menurut Dr Mahathir, beliau telah pun mengambil tindakan mahkamah, namun sehingga hari ini Anwar tidak pernah menunjukkan bukti.

“Sebaliknya, dia minta saya tunjuk bukti harta saya. Dia yang tuduh saya dan dia minta saya pula tunjuk bukti.

“Maka, saya ulang sekali lagi, tunjuklah bukti yang saya salah guna kuasa untuk kayakan diri saya dan keluarga.

“Setakat cakap di atas pentas politik tanpa ada bukti ini siapa pun boleh buat. Mereka ini digelar ‘mat retorik’,” katanya.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan bersedia menyahut cabaran Dr Mahathir berkait isu pengisytiharan harta dimilikinya sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri antara 1993 hingga 1998.

Perdana Menteri berkata, beliau juga telah mengisytiharkan harta sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Untuk rekod, Anwar pernah mengisytiharkan harta pada November lalu bagi memenuhi syarat diputuskan PKR untuk semua calon PRU15 daripada parti itu. Aset bersih bernilai RM11,178,667.80 setakat 31 Oktober 2022 itu antara lain merangkumi hartanah termasuk kediaman bernilai RM10,350,000.

Presiden PKR itu turut mengisytiharkan aset tunai dan simpanan berjumlah RM828,667.83 serta pendapatan bulanannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson ketika itu sebanyak RM21,755.80.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This