Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tiada masalah untuk mendedahkan segala hartanya yang didakwa diraih ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, seperti yang diminta oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan beliau adalah antara individu yang telah mengisytiharkan hartanya baru-baru ini bagi membuktikan ketelusan kepada rakyat.

“Saya antara orang yang isytihar harta, yang tidak dia (Tun Mahathir). Baru-baru ini pun, saya telah isytiharkan harga rumah berharga RM11 juta di Segambut.

Baca artikel lain: PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95 peratus selesai

“Jadi itu bukan rahsia, itu sudah diketahui umum,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Malaysia MADANI di Dataran Merdeka, KL hari ini.

Isnin lepas, Dr Mahathir bukan sahaja mencabar Anwar mendedahkan segala hartanya itu malah mendakwa pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai seorang daripada pemimpin lama yang turut dituduh membantu kroni.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram