Wanita meninggal dunia menang pilihan raya tempatan India

Dari Penulis

SEORANG wanita di India diumumkan sebagai pemenang satu pilihan raya tempatan hampir dua minggu selepas dia meninggal dunia kerana jangkitan akut paru-paru dan abdomen.

Menurut pihak berkuasa India, pengundi memberikan hampir 44 peratus undian kepada Ashiya Bi selepas mereka berpegang pada janji untuk mengundinya sebagai tanda penghormatan.

Jumah undi itu sekali gus melayakkan Bi memenangi perebutan kerusi majlis perbandaran daerah Bijnor di negeri padat penduduk di Uttar Pradesh bulan ini, lapor Al Jazeera memetik agensi berita AFP pada Selasa.

Bi, calon popular yang bertanding buat kali pertama pada usia 30 tahun dilaporkan jatuh sakit dan meninggal dunia 12 hari sebelum tarikh pilihan raya tempatan itu.

Suaminya, Muntazim Qureishi kemudian memaklumkan perkembangan itu kepada pegawai pilihan raya, namun pegawai daerah Bhagwan Sharan memaklumkan kepada AFP bahawa tiada prosedur untuk memadam namanya daripada kertas undi.

“Selepas proses pilihan raya bermula, ia tidak boleh dihentikan atau ditangguh,” kata Sharan.

Sebelum meninggal dunia, Bi terbukti menjadi pilihan ramai yang kemudiannya memutuskan untuk tetap memberi undi kepada wanita itu atas rasa kagum dan sebagai tanda penghormatan.

“Ashiya BI mudah menjalin persahabatan dan orang ramai tidak mahu memungkiri janji untuk menyokongnya,” kata penduduk tempatan, Mohammad Zakir kepada akhbar Times of India.

Mengulas mengenai kematian isterinya, Muntazim menyifatkan Bi berjaya memenangi hati orang ramai menerusi sikapnya yang tenang.

“Undi kami adalah sebagai tanda penghormatan kami kepadanya,” kata Arif, seperti dipetik akhbar berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This