Pembantu kedai mengaku bersalah intai wanita di tandas LRT, didenda RM3,500

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG pembantu kedai mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengintai wanita di tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul, baru-baru ini.

Susulan daripada itu, Majistret Aina Azahra Arifin telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,500 ke atas pesalah yang dikenali sebagai Abdul Samad Rosman.

Pada masa sama, mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang berusia 23 tahun dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda ditetapkan.

Mengikut pertuduhan, Abdul Samad didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 44 tahun semasa berada di tandas wanita LRT Sentul, kira-kira 8 pagi pada 16 April lalu.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This