SEBANYAK 10 kawasan dilaporkan terjejas dalam kejadian pokok tumbang akibat ribut di sekitar Kuala Lumpur, malam ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.30 malam sehingga 8 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah telah dikerahkan ke Jalan Kampung Attap kerana pokok tumbang di atas jalan raya.
Katanya, anggota BBP Jalan Tun Razak telah ke Jalan Sultan Ismail dan mendapati kereta Toyota Yaris dan Proton Exora dihempap pokok tumbang, namun tiada mangsa terlibat.
“BBP Pantai telah ke Blok 19 Taman Bukit Angkasa da mendapati sebatang pokok menghempap kereta Perodua Myvi.
“BBP Jinjang pula telah dikerahkan ke Pejabat Kesihatan Kepong dan sebuah pokok tumbang telah menghempap lima buah motosikal.
“Sementara BBP Setapak telah ke Jalan Ayer Jernih dan mendapati pokok tumbang telah menghempap empat buah kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Jelasnya, BBP Wangsa Maju telah menerima laporan pokok tumbang dan menghempap dua buah kereta di Flat Danau Kota.
Sementara BBP Sri Hartamas telah ke Bayu Mont Kiara dan mendapati pokok tumbang menghempap sebuah kereta Toyota Alphard.
“BBP Pantai pula telah menerima laporan kejadian pokok tumbang menghempap tiang elektrik di Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan.
“Sementara BBP Titiwangsa dan KLCC menerima laporan kejadian pokok tumbang sehingga menghalang lalu lintas utama,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

