Tahukah anda, lafaz isti’azah atau juga disebut ta’awuz adalah bacaan yang membawa maksud meminta perlindungan Allah s.w.t daripada syaitan yang direjam. Lafaz ini lazimnya dibaca sebelum kita memulakan bacaan al-Quran. Ia juga merupakan senjata ampuh bagi menghalang diri daripada gangguan syaitan.
Hukum
Menurut jumhur ulama, membaca istia’zah adalah sangat dituntut bagi sesiapa yang ingin memulakan bacaan al-Quran samaada di awal surah atau juga di pertengahan. Ini berdasarkan kepada firman Allah swt dalam surah an-Nahl: 98 bermaksud
“apabila kamu membaca al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.”
Selain itu Abu Said al-Khudri r.a berkata, “bahawa Rasulullah saw menyebut A’uzubillah hi minasy syaitoonir rojim sebelum membaca al-Quran.” (HR Abdur Razak dalam al-Musannaf)
Namun begitu ulama berselisih pendapat samaada ia dihukumkan wajib atau sunat kerana ada sebahagian yang menyatakan wajib manakala sebahagian yang lain hanya menghukumkan sunat sahaja.
Bentuk Bacaan
Terdapat dua bentuk bacaan isti’azah:
- Secara sirr iaitu dengan suara perlahan
- Secara jahr iaitu dengan suara yang kuat
Dibaca dengan perlahan apabila:
- Ketika membaca al-Quran
- Di dalam solat sama ada bersendirian atau berjemaah.
- Membaca al-Quran dalam jemaah tadarus al-Quran dan bukan pembaca yang pertama memulakan bacaan al-Quran.
Dibaca dengan kuat apabila:
- Di tempat pengajian atau bertadarus al-Quran. Dan pembaca adalah orang pertama yang memulakan bacaan.
Kaedah bacaan isti’azah di dalam al-Quran
Terdapat empat kaedah membaca isti’azah iaitu:
- Membaca isti’azah, berhenti, Basmallah, berhenti dan surah
- Membaca Isti’azah, berhenti Basmallah sambung dengan surah
- Membaca Isti’azah sambung dengan Basmallah, berhenti dan surah
- Membaca Isti’azah sambung dengan Basmallah dan sambung dengan surah
Bagi bacaan surah at-Taubah, terdapat dua cara iaitu membaca Isti’azah, berhenti dan baca surah atau menyambung terus Isti’azah dengan surah.
Bacaan Isti’azah ini juga boleh digunakan bagi menghilang perasaan was-was yang wujud dalam diri sebagaimana firman Allah dalam surah al-A’raf: 200, “Dan jika dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah (iaitu dengan membaca A’uzu billahi minas syaitonir rajim), sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Terdapat beberapa lafaz bacaan Isti’azah iaitu:
- A’uuzubillahi Minasy Syaithoonir Rajiim
- A’uuzubillahil Qoodiri Minasy Syaithoonil Ghoodir
- A’uuzubillahil Qowiyyi Minasy Syaithoonil Ghoowiyy
- A’uuzubillahil A’zhiimi Minasy Syaithoonir Rajiim
- A’uuzubillahis Samii’il A’liimi Minasy Syaithoonir Rajiim
- A’uuzubillahi Minasy Syaithoonir Rajiimi Innnallaha Huwas Samii’ul A’liim
- ______________________________________
- Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

