Siapa sangka, gara-gara membunuh 100 orang, ini balasannya

Dari Penulis

Siapa kita untuk menilai seseorang itu sama ada dia akan ke syurga atau neraka? Mungkin kita boleh membuat penilaian baik atau buruk perbuatan seseorang berdasarkan apa yang kita sedang lihat, namun menentukan ke mana hala tuju seseorang usai kematiannya bukanlah tugas kita.

Boleh jadi kita melihat seseorang itu sedang melakukan jenayah, maksiat atau perbuatan buruk. Kita keji perbuatan tersebut kerana itu jelas melanggar perintah atau hukum Allah dan bertentangan dengan sunnatullah. Tetapi kita sebenarnya tiada hak untuk mengatakan dia ahli neraka hanya kerana perbuatan buruk yang dilakukan.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri menyebutkan bahawa Nabi s.a.w. ada menceritakan suatu kisah,

“Pernah terjadi seorang lelaki dari kalangan Bani Israel telah membunuh 99 jiwa manusia secara zalim. Lalu pada suatu hari terlintas dilubuk hatinya bertanya,

“Apakah orang seperti aku ada peluang untuk bertaubat?”

Hal itu diajukan kepada seorang rahib. Rahib itu menjawab,

“Tidak! kerana dosa yang engkau lakukan terlalu banyak”

Kecewa dengan jawapan si rahib, lelaki tersebut terus membunuh rahib, menjadikan jumlah mangsanya 100 orang.

Namun usahanya untuk bertaubat tidak terhenti di situ. Lalu dia bertanya kepada orang ramai kepada siapakah yang boleh diajukan permasalahannya. Akhirnya dia disuruh untuk bertanya kepada seorang alim.

Tuntas ditanya tentang permasalahan yang dihadapinya, maka si alim tadi pun berkata,

“Ya! Mengapa tidak. Pergilah kamu ke suatu tempat yang mana orang-orang di situ mengabdikan diri kepada tuhan. Ikutilah mereka dan jangan lagi kembali ke negeri kamu yang huru hara itu.

Lantas lelaki itu menuruti nasihat orang alim dan berangkatlah dia sehingga sampai di pertengahan jalan dia menemui ajalnya. 

Perkara ini telah menimbulkan satu pertelagahan di kalangan malaikat rahmat dan malaikat azab. Berkata malaikat rahmat,

“Dia telah datang berserah diri kepada Allah” berkata pula malaikat azab

“Dia sedikit pun tidak melakukan amal kebajikan”

Lalu diutuskan malaikat yang berupa manusia untuk mengadili pertelingkahan itu. Malaikat pengadil pun berkata,

“Ukurlah di antara dua tanah ini (negeri asal yang penuh maksiat dan negeri yang bakal dituju iaitu rakyat yang menghambakan diri kepada Allah) manakah yang lebih hampir maka dia akan diserahkan kepadanya.”

Setelah berbuat demikian maka ternyata bumi memberi ruang untuknya hampir dengan negeri yang ditujuinya. Akhirnya lelaki tadi diserahkan kepada malaikat rahmat. (HR Bukhari)

Sememangnya dalam Islam apa yang dilihat adalah pengakhiran seseorang bukan kepada permulaan. Biarpun jahat dan buruk sekalipun perangainya, setinggi gunung pun dosa maksiat yang dilakukan di dunia, namun jika diakhirnya dia kembali kepada fitrah Islam, insya Allah segala pintu kebaikan dan pintu Rahmat akan terbuka untuknya.

Jadi apa yang sebenarnya perlu kita sibukkan bukanlah melihat kepada keburukan orang lain tetapi lihatlah pada diri kita sendiri di mana pengakhiran kita nanti. Wallahu a’lam

________________________________________________

  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
    Ikuti langkah ini:
    Langkah 1: Layari utusantv.com
    Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
    Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
    Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This