“Jangan ambil mudah jika anak demam,” – Doktor pakar

Dari Penulis

Pegawai Perubatan Bahagian Onkologi, PPUKM menjelaskan, semua kanak-kanak tidak terkecuali daripada risiko untuk mendapat penyakit. Bukan sekadar batuk, demam atau selsema malah penyakit kronik juga begitu. Apatah lagi sesetengah penyakit kronik bukan berpunca daripada gen yang ‘diwarisi’.

“Talesemia adalah penyakit kronik yang paling lazim untuk kanak-kanak di sini. Sementara di bahagian Onkologi, Leukimia adalah yang paling tinggi. Secara purata, dalam tempoh sebulan, seorang kanak-kanak akan dirujuk di PPUKM kerana masalah leukimia,” katanya.

Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.

Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan.

Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.

Menurutnya lagi, tanda-tanda awal yang lazimnya ialah seperti demam yang berpanjangan, kurang selera makan dan berat badan, lebam-lebam, bengkak di leher yang banyak serta bengkak perut.

“Nasihat saya pada ibu bapa agar tidak mengambil ringan jika anak demam. Pastikan anak-anak mendapatkan rawatan doktor kerana pencegahan awal banyak membantu. Mereka yang mempunyai anak menghidap Leukimia perlu terus mengikuti jadual rawatan yang diaturkan doktor. Ada di antara ibu bapa yang berhenti separuh jalan apabila melihat kesihatan anak beransur pulih.

“Penyakit Leukimia ialah penyakit yang akan membawa kepada masalah-masalah lain apabila tidak dirawat dengan baik. Jika anak demam, terus berjumpa doktor kerana risiko jangkitan kuman mereka adalah lebih teruk berbanding orang lain.

“Kami juga tidak menggalakkan ibu bapa untuk membawa anak-anak Leukimia ini ke tempat-tempat yang sesak dengan oran ramai seperti kenduri, pusat-membeli-belah dan melancong kerana keadaan itu tidak sesuai dengan tahap kesihatan mereka,” tambahnya.

Info Penyakit Leukimia

  1. Leukimia adalah kanser tisu yang menghasilkan darah, termasuk sumsum tulang dan sistem limfa.
  2. Leukimia berasal daripada perkataan Greek bermaksud darah putih dan penyakit ini biasanya bermula dengan masalah sel darah putih.
  3. Simptom-simptom ialah demam dan letih berpanjangan, jangkitan yang susah sembuh, hilang selera makan dan berat badan menurun.
  4. Simptom lain limfa dan hati bengkak, mudah luka dan berdarah, kulit berbintik merah, berpeluh pada waktu malam dan sakit tulang.
  5. Faktor risiko pendedahan kepada radiasi atau bahan kimia seperti benzene (dalam minyak tanpa plumbum, asap rokok dan bahan kimia industri).
  6. Jenis rawatan kemoterapi, pemindahan sum-sum tulang atau sel stem, terapi biologi atau imunoterapi dan rawatan radiasi.
  7. Pemindahan sel stem lebih kurang sama dengan pemindahan sumsum tulang dan sel stem diambil daripada darah pesakit atau penderma.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This