Demam, batuk kahak & selesema berlarutan, anak Ryan Bakery dijangkiti kuman dalam darah – “Jadi pengajaran jangan bagi orang luar suka-suka hati cium anak”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

“Doktor beritahu ada kuman dalam darah anak”.

Demikian kata pelakon dan pempengaruh popular, Ryan Bakery mengenai kondisi kesihatan anaknya iaitu Ryan Ezra yang kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor, hari ini.

Menurut Ryan atau nama penuhnya Ryan Fahmi Bakery,29, anaknya mula menunjukkan tanda demam sejak tiga hari lalu selain turut alami batuk berkahak dan selesema.

“Tiga hari lalu, dia kurang aktif dan dari situ dah nampak pelik. Bila saya sentuh badan dia ‘suam’ dan dapat agak tanda nak demam selain hidung pun dah mula berair pada waktu tu.

“Saya dan isteri bawa anak pergi ke hospital pada hari sama. Doktor periksa kesihatan anak, bagi ubat dan pesan untuk pantau keadaan anak. 

“Kalau keadaan anak tak okay, kena datang hospital untuk rawatan lanjut. Tapi keesokan harinya, keadaan anak makin teruk, batuk berkahak, badan panas dan kerap selsema,” katanya ketika dihubungi URTV sebentar tadi.

Bagaimanapun, jelas pelakon Budak Bedak The Series itu, semalam anak sulungnya mula menunjukkan tanda semakin baik daripada demam biarpun masih lagi batuk dan selesema.

Namun, hari ini Ryan dan isteri membuat keputusan membawa anak mereka yang berusia tujuh bulan itu ke hospital selepas suhu badannya anaknya mencecah paras 38 darjah celcius.

“Hari ini tiba-tiba demam datang lagi selain batuk berkahak sampai dia meragam dan menangis tanpa henti.

“Bila doktor buat pemeriksaan lanjut, banyak kahak dekat paru-paru dia. Doktor suruh anak masuk wad sebab nak pantau keadaan dia dengan rapi. Hasil pemeriksaan lanjut, ada kuman dalam darah anak dan doktor beri antibiotik.

“Saya nak minta orang ramai untuk doakan anak moga diberi kesembuhan sihat tubuh badan,” kongsinya.

Ryan akui ini merupakan pengalaman pertamanya berhadapan dengan situasi mencemaskan lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak.

“Walaupun sebelum ini anak pernah demam tapi tidaklah seteruk macam ni sampai kena masuk wad. Kesian tengok anak batuk dan menangis sampai tak ada suara.

“Isteri pula jenis tak kuat terikut sama menangis bila lihat keadaan anak macam tu. Tapi nak tak nak saya kena kuat sebab saya suami dan seorang ayah memang kena tunjuk kuat, nanti tak jadi apa pula kan.

“Bila jadi macam ni, ia jadi pengajaran pada saya jangan bagi orang luar suka-suka hati cium anak sebab bila dah sakit macam ni orang lain tak ada. Tinggal mak ayah saja yang ada.

“Benda pun dah jadi, apa boleh kita buat kan? Cuma kita kena ambil langkah berjaga-jaga dan beringat sajalah selepas ini,” katanya.

Untuk info, Ryan mendirikan rumah tangga dengan Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ryan Ezra yang dilahirkan pada 30 Disember 2023.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This